Wednesday, November 11, 2009

Bad Memories...

Salam semua..



Sudah setahun lebih semenjak aku 'kehilangan' tangan kananku dalam satu kemalangan..Walaupun kini ia kelihatan elok dari segi fizikal dan luaran, hakikatnya tangan kananku masih jauh lagi dari fungsi asalnya. Tendon, saraf ulna dan salur darahku yang putus akibat kemalangan itu ternyata begitu perlahan proses penyembuhannya. Di tambah lagi dengan aku disahkan osteoarthritis di pergelangan tangan. Waktu suhu sejuk, dan selepas melaksanakan kerja2 agak berat, tanganku sentiasa kebas dan sakit...Namun semuanya tentu mempunyai hikmah yang tersendiri.




Sehingga kini, aku masih lagi tidak mampu untuk menyuap nasi dengan tangan. Sudu menjadi alat bantu tetapku untuk makan. Pun begitu, aku tetap bersyukur, masih lagi boleh gagahkan diri untuk memegang pen dan menulis (walaupun boleh pada jangkamasa tertentu saja untuk mengarang-sakit). Aku sebenarnya menjalani kehidupan sebagai 'org cacat'. Fungsi tangan kanan banyak yang dah diganti oleh tangan kiri ku. Ianya amat menginsafkan aku betapa perlunya untuk bersyukur kerna masih lagi mempunyai anggota badan lain yang sempurna. Ia mendidik aku supaya lebih menghormati dan memahami org cacat yang lain.




Aku gembira kerana masih mampu untuk memakaikan lampin dan  pakaian untuk puteri kesayangan, Aisyah. Namun untuk memandikannya, jauh sekali...aku harap isteriku memahami..Grip tangan kananku masih lemah dan jauh lagi untuk menggenggam dan memegang sesuatu dengan selamat.

Tiap2 minggu, andai tiada pertindihan jadual, destinasi tetapku tentulah ke unit rehab, Hospital Pekan untuk menjalani rawatan susulan. Semoga fungsi tanganku semakin meningkat, amiin....


Tangan terkini....

No comments:

Post a Comment